Pages

e votting mpp unimas

Thursday, June 3, 2010

Cara org Malaysia masuk ke Israel

 Secara resmi memang Malaysia memang tiada hubungan diplomatik dengan Israel tetapi secara
sembunyi2 pemimpin kita sapa yang tahu....banyak bukti rakyat dah tahu


Kaedah-kaedah yang biasa dibuat untuk memasuki Israel dengan passport Malaysia:

1. Apa yang pemegang passport Malaysia yg ke situ untuk pilgrimage buat, biasanya meletakkan satu muka kertas kosong dikepilkan dalam passport dan meminta tolong imigresen Israel mengecop di atas kertas kosong. Biasanya imigresen Israel tiada masalah kalau kes pilgrimage dan akan berikan kerjasama.

2. Satu lagi kaedah yg pemegang pasport Malaysia, terutamanya mereka yang bermastautin di Eropah, buat ialah membiarkan saja passport Malaysianya dicop oleh imigresen Israel apabila masuk dan keluar dan kemudiannya apabila mereka balik ke Eropah, mereka melaporkan pada kedutaan Malaysia bahawa passport mereka hilang. Oleh itu, imigresen Malaysia tak akan mengesan kemasukan mereka ke Israel. Dulu rakyat Malaysia sering buat trick ni di negara berhampiran Israel seperti Mesir atau Jordan tapi sebab dah selalu sgt, kedutaan di Mesir dan Jordan pun dah tak berapa percaya. Kalau buat di Europe, kurang masalah tapi makan belanja kalau saja2 nak ke Europe untuk lapor passport hilang kan. So, kalau PR di Europe senang sikit buat kerja ni.

3. Pemegang passport Malaysia yang bermastautin di negara yang membenarkan dual citizenship juga menggunakan kaedah memohon kerakyatan negara tempat mereka bermastautin. Kaedah ini boleh menyebabkan terlucutnya kerakyatan Malaysia tapi kalau mereka senyap-senyap, kemungkinan besar mereka tidak dikesan. Apabila masuk ke Israel, gunakan passport asing tapi bila ke Malaysia, guna passport Malaysia.
Satu lagi tip,
kalau nak buat trick kepil kertas kosong kat passport tu, jangan cuba buat kat land borders, sbb sah2 lah kalau dah keluar dari land border kat sempadan Jordan-Israel misalnya, ke mana kalau bukan Israel? Mcm orang yg keluar dari imigresen JB, kalau lepas tu takde stamp masuk ke Singapore, takkan orang tu terjun ke laut pulak kan? Paling afdal kalau masuk melalui Europe ke  Ben Gurion Tel Aviv sebab kalau ada Schengen visa kat Europe misalnya, diaorang kadang2 tak passport kalau keluar masuk sesama EU (di continental Europe) so susah sikit nak detect.

Pasal tindakan kerajaan Malaysia, saya tak pasti pulak spesifiknya. Kalau masa masuk balik Malaysia tu kena detect ada cop masuk Israel paling kurang pun passport kena rampas dan kalau masa nak renew tu baru detect rasanya paling kurang pun kena gantung la passport, takleh nak travel. Lagi satu, kalau passport ada cop Israel, nak masuk ke sesetengah negara susah, contohnya UAE. Ramai org komplen UAE takmau kasik diaorg masuk or even transit kdg2 sbb passport diaorg ada cop Israel (ni biasa org dr US).

Kalau Malaysians nak masuk ke Israel secara sah,
boleh memohon special approval dari kerajaan. Misalnya rakyat Malaysia beragama Yahudi atau Kristian yang nak ke Israel untuk pilgrimage. Tapi dgr khabarnya susah nak dpt approval ni dan kena tunggu lama so ramai yg buat trick kertas kosong atau hilang passport.
tp dengar2 khabar ahli politik kita pnah juga ke sana. jika tidak pun perjumpaan dbuat d tempat lain d luar negara. Mana tidaknya jika APCO dlantik kerajaan Malaysia sbg penasihat keselamatan negara.