Pages

e votting mpp unimas

Thursday, June 3, 2010

Cara org Malaysia masuk ke Israel

 Secara resmi memang Malaysia memang tiada hubungan diplomatik dengan Israel tetapi secara
sembunyi2 pemimpin kita sapa yang tahu....banyak bukti rakyat dah tahu


Kaedah-kaedah yang biasa dibuat untuk memasuki Israel dengan passport Malaysia:

1. Apa yang pemegang passport Malaysia yg ke situ untuk pilgrimage buat, biasanya meletakkan satu muka kertas kosong dikepilkan dalam passport dan meminta tolong imigresen Israel mengecop di atas kertas kosong. Biasanya imigresen Israel tiada masalah kalau kes pilgrimage dan akan berikan kerjasama.

2. Satu lagi kaedah yg pemegang pasport Malaysia, terutamanya mereka yang bermastautin di Eropah, buat ialah membiarkan saja passport Malaysianya dicop oleh imigresen Israel apabila masuk dan keluar dan kemudiannya apabila mereka balik ke Eropah, mereka melaporkan pada kedutaan Malaysia bahawa passport mereka hilang. Oleh itu, imigresen Malaysia tak akan mengesan kemasukan mereka ke Israel. Dulu rakyat Malaysia sering buat trick ni di negara berhampiran Israel seperti Mesir atau Jordan tapi sebab dah selalu sgt, kedutaan di Mesir dan Jordan pun dah tak berapa percaya. Kalau buat di Europe, kurang masalah tapi makan belanja kalau saja2 nak ke Europe untuk lapor passport hilang kan. So, kalau PR di Europe senang sikit buat kerja ni.

3. Pemegang passport Malaysia yang bermastautin di negara yang membenarkan dual citizenship juga menggunakan kaedah memohon kerakyatan negara tempat mereka bermastautin. Kaedah ini boleh menyebabkan terlucutnya kerakyatan Malaysia tapi kalau mereka senyap-senyap, kemungkinan besar mereka tidak dikesan. Apabila masuk ke Israel, gunakan passport asing tapi bila ke Malaysia, guna passport Malaysia.
Satu lagi tip,
kalau nak buat trick kepil kertas kosong kat passport tu, jangan cuba buat kat land borders, sbb sah2 lah kalau dah keluar dari land border kat sempadan Jordan-Israel misalnya, ke mana kalau bukan Israel? Mcm orang yg keluar dari imigresen JB, kalau lepas tu takde stamp masuk ke Singapore, takkan orang tu terjun ke laut pulak kan? Paling afdal kalau masuk melalui Europe ke  Ben Gurion Tel Aviv sebab kalau ada Schengen visa kat Europe misalnya, diaorang kadang2 tak passport kalau keluar masuk sesama EU (di continental Europe) so susah sikit nak detect.

Pasal tindakan kerajaan Malaysia, saya tak pasti pulak spesifiknya. Kalau masa masuk balik Malaysia tu kena detect ada cop masuk Israel paling kurang pun passport kena rampas dan kalau masa nak renew tu baru detect rasanya paling kurang pun kena gantung la passport, takleh nak travel. Lagi satu, kalau passport ada cop Israel, nak masuk ke sesetengah negara susah, contohnya UAE. Ramai org komplen UAE takmau kasik diaorg masuk or even transit kdg2 sbb passport diaorg ada cop Israel (ni biasa org dr US).

Kalau Malaysians nak masuk ke Israel secara sah,
boleh memohon special approval dari kerajaan. Misalnya rakyat Malaysia beragama Yahudi atau Kristian yang nak ke Israel untuk pilgrimage. Tapi dgr khabarnya susah nak dpt approval ni dan kena tunggu lama so ramai yg buat trick kertas kosong atau hilang passport.
tp dengar2 khabar ahli politik kita pnah juga ke sana. jika tidak pun perjumpaan dbuat d tempat lain d luar negara. Mana tidaknya jika APCO dlantik kerajaan Malaysia sbg penasihat keselamatan negara.

Wednesday, May 26, 2010

We are Champion


Casino de Genting is just part of the resort that calls itself the“City of Entertainment” and apparently the price for living up to that name is the employment of 13,000 workers.


This striking property features much more than gambling. Located6,000 feet above sea level, Casino de Genting is home to 29 restaurantsas well as a theme park that includes a Ripley’s Believe It or Not!Museum, a wind-turbine sky diving simulator, a hand-gliding rollercoaster and a Rain Forest Splash Pool. There is also a Cineplex,bowling alley and a championship golf course on site.
Six hotels with more than 6,000 rooms also make Casino de Genting the casino with the most guest rooms in the world.


As for the gaming experience, the 200,000 square feet of casinospace is filled with electronic table games, slots machine as well astable games such as roulette, Pai Gow, Baccarat and blackjack. There’salso the themed outlet called @Latté that offers cutting edge slotmachines all while brewing up some of the finest coffee in Asia.


The two mega-casinos that call Connecticut home are the next twoproperties on our list. Foxwoods currently employs 10,220 people, butthat number will swell to close to the 13,000 mark this spring when theMGM Foxwoods opens on May 17.
The first Las Vegas location on the list is Bellagio, the SteveWynn-creation that is best known for the artificial lake that was builtbetween the building and the Strip. Bellagio is one of four Las Vegasproperties to make this list along with the MGM Grand, Mandalay Bay andCaesar’s Palace.


Top-10 largest casinos by number of employees
1.) Casino de Genting (Malaysia) – 13,000
2.) Foxwoods Resort Casino (Connecticut) – 10,220
3.) Mohegan Sun Casino (Connecticut) – 10,000
4.) Bellagio (Las Vegas) – 9,700
5.) MGM Grand (Las Vegas) – 9,000
T-6.) Mandalay Bay (Las Vegas) – 8,000
T-6.) Sands Macao (China) – 8,000
8.) Caesar’s Palace (Las Vegas) – 7,500
9.) Borgata (Atlantic City) – 7,000
10.) Atlantis Resort and Casino (Bahamas) – 6,500


Source: Casino City

Mahkamah UKM dakwa Mahasiswa

empat orang mahasiswa Universti Kebangsaan Malaysia akan didakwa  oleh mahkamah universiti UKM kerana dikatakan menyalahi Undang-Undang Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku 1971).

Mahkamah Universti Kebangsaan Malaysia  akan mendakwa empat orang mahasiswa jurusan sains politik berhubung dakwaan mereka terlibat dalam kempen Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor yg lalu

menurut mahasiswa tersebut
selaku individu yang layak mengundi, penglibatan mereka adalah sah dan diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan .

Tuesday, May 25, 2010

Perjanjian Malaysia - Singapura isu KTMB

Malaysia bersetuju memindahkan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar di Singapura ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) menjelang 1 Julai 2011. Malaysia akan juga menempatkan kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) kereta apinya di WTCP.

Difahamkan jumlah tanah KTMB yang dipajak dari kerajaan Singapura sejak 1918 bagi tujuan perkhidmatan kereta api adalah seluas 217 hektar, termasuk laluan landasan kereta api sepanjang 20-30 kilometer dari utara republik itu hingga ke selatan. tanah-tanah KTMB ditukar ganti di kawasan Marina South dan Orphir-Rochor.

Pemindahan (nilai hartanah) tanah KTMB ke dalam syarikat M-S Pte. Ltd. itu akan berkuat kuasa pada masa KTMB mengosongkan Stesen Kereta Api Tanjong Pagar (TPRS) pada 1 Julai, 2011 nanti

Tanah di Singapore dikira unik dari sudut undang-undang antarabangsa kerana dikira sebagai tanah berdaulat Malaysia. Nak masuk ke stesen keretapi Tg Pagar dah tertulis Welcome to Malaysia.



Keputusan nampak begitu cepat tapi apa kesannya kpd Malaysia?
Adakah memberi untung atau tanah kita tergadai lagi?
Kenapa tidak dibincangkan di Parlimen untuk mendapat maklumbalas bersama dan kolektif?
Berdasarkan sejarah Singapura ni tak mudah memberi untung kepada Malaysia dlm apa2 hal


di mana superman

superman ak Batman ak Ironman

Kegiatan dalam internet tetap tertakluk kepada undang-undang: SKMM





2010/05/25
KUALA LUMPUR: Andaian bahawa tiada kawalan khusus terhadap laman web dan blog dadah di internet adalah tidak tepat kerana semua kegiatan yang dilakukan melaluinya adalah tertakluk kepada undang-undang negara.

Jurucakap Jabatan Komunikasi Korporat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata, terdapat pelbagai undang-undang yang boleh dikuatkuasakan bagi kesalahan yang dilakukan melalui medium itu di mana agensi penguatkuasaan berkaitan sentiasa memantau serta menguatkuasakan peraturan di bawah bidang kuasa masing-masing.

"Internet sebagai medium berkomunikasi boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, sama ada untuk menjalankan perniagaan, memberi maklumat ataupun memberi ruang untuk para penggunanya berinteraksi antara satu sama lain. "Bagaimanapun kandungan (internet) dan kegiatan yang dilakukan melaluinya adalah tertakluk kepada undang-undang negara," katanya dalam kenyataan yang diemelkan kepada Bernama.

Beliau berkata, kenyataan itu dibuat bagi menjawab laporan akhbar baru-baru ini yang mendakwa ketiadaan kawalan khusus ke atas laman web dan blog sedemikian yang memaparkan cara-cara memproses dadah serta boleh dimuat turun secara mudah telah dijadikan antara alasan meningkatnya jumlah penagih dadah sintetik terutamanya di kalangan remaja dan belia negara ini.

Laporan itu mendakwa pihak berwajib lebih cenderung untuk membuat sekatan kepada laman pornografi atau yang memaparkan isu sensitif seperti politik, kaum dan agama berbanding kebanjiran pelbagai laman web dan blog dadah di internet ketika ini.

Untuk rekod, data Unit Sistem Maklumat Dadah Kebangsaan (Bionadi) menunjukkan jumlah penagih di seluruh negara pada tahun lalu adalah sebanyak 15,736 orang meningkat 27.4 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya dengan 7,123 adalah penagih baru dan selebihnya penagih berulang.
Beliau berkata, SKMM tidak mempunyai bidang kuasa untuk menahan dan mendakwa penyedia perkhidmatan internet (ISP), sebaliknya hanya boleh membantu siasatan pihak berkuasa berkaitan serta memberi arahan kepada ISP untuk menyekat capaian kepada laman web yang menyalahi undang-undang negara.

"Sebagai contoh, kegiatan muat turun melalui laman web yang menawarkan kandungan muat turun bahan berhakcipta secara haram adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di bawah Akta Hakcipta 1987.

"Sehubungan itu, pihak KPDNKK bertanggungjawab untuk memantau laman-laman web serta menguatkuasakan Akta tersebut untuk memastikan laman-laman web ini dapat dihapuskan," katanya.

Beliau berkata, peranan SKMM dalam perkara ini adalah untuk membantu siasatan pihak berkuasa yang berkaitan sekiranya perkara yang disiasat membabitkan penggunaan tidak wajar rangkaian termasuklah laman web, itupun sekiranya khidmat nasihat dan bantuan SKMM diperlukan.

"Dalam hal ini, bidang kuasa SKMM adalah terhad kepada apa yang diperuntukkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang mana antara lain, Seksyen 211 melarang pemberian kandungan yang sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut atau mengganggu mana-mana orang," katanya.

Beliau berkata, walaupun medium yang digunakan adalah melalui internet, secara amnya, undang-undang berkaitan dengan kawalan pengimportan, pengeksportan, pengilangan, penjualan dan penggunaan candu dan beberapa bahan dan dadah berbahaya tertentu sepertimana termaktub di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 adalah dikuatkuasakan oleh polis, bukannya SKMM.

Katanya, selain SKMM, Kementerian Kesihatan juga memainkan peranan membuat pemantauan ke atas laman-laman web serta mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas mereka yang mengiklankan ubat atau perkhidmatan perubatan tanpa kelulusan pihaknya, selaras dengan peruntukan Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956.

"Walaupun bidang kuasa SKMM adalah terhad tetapi kami sedia bekerjasama dengan semua pihak untuk menangani kegiatan itu sekiranya khidmat nasihat dan kepakaran kami diperlukan," katanya.

Isu menjadikan internet sebagai "guru" untuk belajar cara memproses dadah menjadi gempar selepas penahanan pelakon terkenal Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy, 32, pada 11 Mac lalu yang membawa kepada terbongkarnya kegiatan itu yang dipercayai dilakukan oleh pelakon itu sejak enam bulan lalu.

Penahanan itu membawa kepada penemuan pemacu pena yang mengandungi dokumen berjudul "The Art of Methaphetamine Manufacture" atau cara memproses methaphetamine (syabu) dari stor di rumahnya yang dipercayai dimuat turun dan memaparkan kaedah lengkap pemprosesan syabu termasuk bahan campurannya. Dokumen itu turut disertakan teknik memproses secara visual.

Benjy, anak lelaki tunggal seniwati Azean Irdawaty, yang kini ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA), Muar, Johor, selama dua tahun didakwa mendapat ilham memproses dadah jenis syabu melalui rujukan di laman web sebelum maklumat itu disalin ke dalam pemacu pena.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Othman Harun seperti yang dilaporkan media turut mengakui kewujudan blog dan laman internet yang bertindak menjadi "guru" untuk mengajar teknik memproses dadah sintetik kepada pengedar dan penagih di negara ini.

Bagaimanapun beliau berkata, kegiatan tersebut masih terkawal dan tidak membimbangkan berikutan ia dilakukan secara kecil-kecilan dan sederhana tanpa melibatkan sindiket tertentu. - Bernama

Saturday, May 22, 2010

Kebiadapan MELODI



Kebiadapan MELODI

Ramai yang suka menonton MELODI termasuk saya. Tapi saya tak le terlalu minat. Bila dah takda siarana best yang lain tengok juga Melodi.

Saya paling menyampah tengok wartawan melodi mengajukan soalan bebentuk provokasi kepada artis. Maka artis pun terkebil-kebil la menjawab. Kebanyakan soalan berbentuk menyentuh pribadi artis sehinga kepada hal-hal dalam kain. Ada kalanya melodi menggunakan kata-kata kasar dan kesat tanpa kita sedari. . Kalau tidak menjawab soalan nanti lagi le teruk la artis itu dihentam dalam episaod-episaod melodi akan datang. Melodi ni suka melaga-lagakan atau menghasut orang dalam sesuatu isu atau antara artis.

Kepada melodi jangan la buat publisiti murahan semata-mata untk menarik penonton menonton MELODI TV3

SELAMAT DATANG PELAJAR ASASI SAINS

Buat pertama kalinya UNIMAS melakar sejarah membuka pengambilan pertama pelajar ASASI SAINS di Kampus Timur UNIMAS. Dua jenis aliran ASASI SAINS ditawarkan buat pertama kali.

Pembukaan Pusat ASASI SAINS ini telah menarik sebanyak lebih 5000 permohonan dari seluruh negara. Pada asasnya pngambilan pertama ini UNIMAS mensasarkan seramai 300 sahaja pelajar pertama. Tetapi mamandangkan terlalu ramai permohonan maka UNIMAS terpaksa menerima seramai 500 orang pelajar. 500 pelajar tersebut merupakan mereka yang terpilih dan kesemua mereka mendapat 8A dalam ujian. Kesemua mereka di tempatkan di Kolej Seroja.

Minggu ini 24 Mei 2010 bermula minggu suikenal bagi semua pelajar baru ASASI SAINS ini.

SELAMAT DATANG PELAJAR ASASI SAINS UNIMAS. Selamat bersama kami di UNIMAS

Wednesday, May 19, 2010

selamat datang dan bersahabat

blog ini diwujudkan bagi mahasiswa UNIMAS atau sesiapa sahaja mengeluarkan pendapat mereka mengenai apa-apa isu semasa atau yang lepas atau yang bakal berlaku. Ia juga terbuka kepada sesiapa yang ingin memberi maklumbalas kepada mahasiswa atau apa-apa yang berkaitan dengan mahasiswa.

Semua penulisan dianggap pandangan pribadi dan ia tiada kaitan dengan bloger suaramahasiswUNIMAS. Oleh itu semua penulisan adalah tanggungjawab penulis sendiri dan suaramahasiswUNIMAS tidak masuk campur.

Walau bagaimana pun semua penulisan hendaklah tidak menyentuh isu-isu sensitif seperti agama,
bangsa, kaum, negara dan seumpamanya. Artikal berbentuk lucah DIHARAMKAN.

selamat bersama