Seperti kebiasaan UNIMAS mengunakan sistem e voting bagi pemilihan kerusi MPP.
simulasi telah dilakukan. Menurut TNC (HEP) PM Mohd Fadzil, semuanya berjalan lancar
dan mengikut peraturan.
Persoalannya:
TERLUSKAH PENGGUNAA E VOTING?
Persoalan ini tidak akan mendapat jawapan walaupun sampai bila-bila.
Ada yang mengatakan MT sudah pun di set untuk mendapat majoriti melalui sistem
yang telah dipogamkan terlebih dahulu. Manakala pelajar yang tidak direstui oleh pihak universiti pula awal-awal telah disetkan negatif atau pun undinya tidak masuk dalam sistem malah dipindahkan kepada calon yang telah dipilih. Ini merupkan salah satu permainan yang digunakan sesetengah universiti seperti di UNIMAS. Kita akui ada juga universiti yang tidak menggunakan sistem e voting ini. Ini ekoran desakan kuat dan halangan dari mahasiswa sendiri yang menyedari perlunya ketelusan dalam pemilihan MPP.
Banyak perkara boleh dipertikaikan dalam penggunaan e voting ini. Ia ibarat lakonan yang pelakonnya telah ditentukan watak-wataknya. Oleh itu apakah gunanya pelajar keluar mengundi beramai-ramai. Tidak perlulah diadakan pilihanraya. Elok pihak universiti lantik sahaja mereka.
Mahasiswa sepatutnya diberi peluang dan dilantik dalam suruhanjaya pemilihan ini agar ia telus 100%. Universiti tempatnya pelajar dan pelajalah yang menentukan. MPP itu suara mahasiswa. Sekiranya ia telah dtentukan awal siapa yang menerajuinya maka tiada gunanya lagi pimilihan MPP. Demokrasi dan kebebasan bersuara telah dinodai oleh pihak berkepentingan. Kita tidak menyalahkan keputusan UNIMAS kerana kita tahu ia adalah arahan daripada pihak tertentu terus dari Kementerian Pengajian Tinggi. Oleh itu mahasiswa harus mengemukakan bantahan kepada Menteri Pengajian Tinggi. Jangan menteri tersebut hanya pandai mengarah pihak universiti. Pihak universit terkapai-kapai melaksanakan arahan dan dalam serba salah menerima pula kutukan dan bantahan mahasiswa sedangkan Pak Menteri pengajian tingginya hanya tersenyum duduk di kerusi empuk. Jika berani ayuh Pak Menterinya bersua dengan Mahasiswa. Bukannya bersebunyi di belakang para Naib Canselor..

No comments:
Post a Comment