Malaysia bersetuju memindahkan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar di Singapura ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) menjelang 1 Julai 2011. Malaysia akan juga menempatkan kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) kereta apinya di WTCP.
Difahamkan jumlah tanah KTMB yang dipajak dari kerajaan Singapura sejak 1918 bagi tujuan perkhidmatan kereta api adalah seluas 217 hektar, termasuk laluan landasan kereta api sepanjang 20-30 kilometer dari utara republik itu hingga ke selatan. tanah-tanah KTMB ditukar ganti di kawasan Marina South dan Orphir-Rochor.
Pemindahan (nilai hartanah) tanah KTMB ke dalam syarikat M-S Pte. Ltd. itu akan berkuat kuasa pada masa KTMB mengosongkan Stesen Kereta Api Tanjong Pagar (TPRS) pada 1 Julai, 2011 nanti
Tanah di Singapore dikira unik dari sudut undang-undang antarabangsa kerana dikira sebagai tanah berdaulat Malaysia. Nak masuk ke stesen keretapi Tg Pagar dah tertulis Welcome to Malaysia.
Keputusan nampak begitu cepat tapi apa kesannya kpd Malaysia?
Adakah memberi untung atau tanah kita tergadai lagi?
Kenapa tidak dibincangkan di Parlimen untuk mendapat maklumbalas bersama dan kolektif?
Berdasarkan sejarah Singapura ni tak mudah memberi untung kepada Malaysia dlm apa2 hal
Tuesday, May 25, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment